Monday, July 4, 2011

BERSIH 2.0.. Apa kesudahannya?

   Salam =). Apa yang aku tunggu-tunggu dan tercari-cari selama ini dah muncul!! BERSIH dan BERSIH 2.0 berada di kedudukan ke-3 dan ke-4 di dalam senarai Google Insights (rising searches for last 7 days) (berbanding last 30 days..langsung takde!!) pada 04071200hrs. Aku sangat-sangat yakin, 'bersih' yang di-Google-kan takde kena mengena dengan kempen keBERSIHan sungai atau kempen memBERSIHkan kampung halaman. Hehe. Setuju?
   Apa yang penting sangat tentang kedudukan BERSIH dalam senarai ni? Walaupun ianya berdasarkan rekod dan analisa daripada enjin carian Google sahaja, namun kedudukan isu BERSIH dalam rekod ini boleh diambil untuk menunjukkan minat atau persepsi atau penerimaan masyarakat. Syukur, Topik berkaitan Israk Mikraj lebih mendahului BERSIH. Malah filem Transformers 3 juga hampir menggugat BERSIH. Cuma kita je dibaja dengan konsisten tentang perlu/bahaya dan halal/haramnya BERSIH menerusi media seterusnya jadi topik HOT dan memancing golongan yang 'malas-nak-amik-port' atau neutral.

Klik sini untuk tengok lebih jelas

   Pada aku, dalam 'kesibukan' rakyat Malaysia melayan facebook dan internet, pasti ada yang akan terkena palitan 'radiasi' segala macam berita/ulasan/topik berkaitan perhimpunan BERSIH. Maka aku rasa tak perlu aku nak ulas dengan detail..masing-masing dah bijak. 
   Apa pendapat anda tentang perhimpunan BERSIH? Sama ada pendukung Kumpulan BERSIH atau penyokong Kumpulan Anti-BERSIH atau pengikut Kumpulan Atas PagarRuyong, masing-masing punya ulasan tersendiri. Ada yang mengulas beralaskan fakta, ada mengupas berasaskan auta, ada yang meng'post' di wall FB beralaskan sampah, dan ada juga yang sekadar ikut-ikut..well follow the trend -lah katakan. 
   Dalam pada itu ada bermacam-macam berita pendedahan; penglibatan; dan pengakuan, di'korek' dan didedah. Antaranya berkaitan The National Endowment for Democracy (NED), Ambiga Sreenevasan, Open Society Institute, dan NDI.  
   Sehingga tulisan/post ini dikeluarkan, seramai 220 individu telah ditahan mengikut Ordinan Darurat dan Seksyen 27(5) Akta Polis kerana cuba mengadakan perhimpunan BERSIH yang haram, manakala hampir 3,000 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak yang membantah perhimpunan ini di seluruh negara. 170 orang telah dibebaskan manakala selebihnya masih direman untuk siasatan lanjut (rujuk sini dan sini).   

   Menjelang beberapa hari sebelum perhimpunan ini diadakan akhirnya Tuanku Mizan bertitah (baca sini). 

   Berikut adalah teks penuh Titah Khas Tuanku Mizan, 

   Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
   Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin. 
   Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara. 
   Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan. 
   Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. 
   Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’. 
   Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
   Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. -BERNAMA.

   Daulat Tuanku!
   Kepada pihak-pihak yang berkenaan, yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung, seeloknya perhimpunan ini dihentikan demi kebaikan SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

   Dikhabarkan Pergerakan Pemuda UMNO dah batalkan hasrat berhimpun bagi menghormati titah Tuanku (baca sini), perguruan silat pula akur bersyarat (baca sini). Pengerusi penganjur perhimpunan, Datuk Ambiga Sreenevasan kata akan umum selepas diberi perkenan menghadap Tuanku (baca sini). PERKASA pula tiada apa-apa komen setakat ini. 

  
Kita nantikan..apa kesudahannya?!
Sebelum itu kepada yang minat lagu/hiburan kita layan lagu ni dulu.. 

 
Anak Malaysia - Aris Ariwatan

Dan kepada yang minat nas/hadith kita layan soal jawab ni dulu.. 


Hukum Berjuang Di Belakang AMBIGA


Saturday, June 25, 2011

"Winners don't do different things, they do things differently."

Salam. =) Orang lain dah tengok Program Maharaja Lawak kat Astro sejak dari episod awal hingga final semalam. Maklumlah tak ada masa lapang. Tapi aku sempat jugak tengok episod 2nd last minggu lepas dan yang last semalam. Memang best! No wonder la dekat syok.org ada je link untuk rakyat sedut (download). Anyway aku rasa kumpulan Sepah, Jozan, Nabil memang layak untuk menang (ma$$yuk tu!!). Tahniah! Korang memang winners!! 


Enjoy the clips..


Johan: Kumpulan Sepah

Naib Johan: Kumpulan Jozan

Ketiga: Nabil

p/s: "Winners don't do different things, they do things differently." - Shiv Khera.